Sunday 21 October 2012

Sejarah Sekolah

            Sekolah ini telah didirikan oleh pihak majikan ladang ini lebih kurang pada tahun 1930. Pada mulanya cuma 30 orang murid sahaja yang menuntut di sekolah ini.

        Bangunan sekolah ini terletak di tengah-tengah kawasan kediaman pekerja-pekerja ladang. Bangunan ini adalah bangunan papan yang usang tidak sesuai digunakan sebagai sekolah. Panjangnya 21 meter dan lebarnya 7 meter.  Semakin lama semakin banyak murid telah mula berdaftar di sekolah ini. Ada juga kelas yang telah diadakan di kuil ladang ini.

Untuk mengatasi masalah ini, pada tahun 1980 pihak PIBG dan guru-guru sekolah ini telah berikhtiar mendirikan dua buah bilik darjah sementara untuk menampung keperluan semasa. Pada tahun 1982, pihak Kementerian Pendidikan telah menawarkan bantuan modal (peruntukan) untuk mendirikan beberapa buah bilik darjah. Namun demikian, oleh sebab tawaran tersebut kurang memuaskan , maka pihak PIBG dan Lembaga Pengurus telah menolak tawaran tersebut dan memohon sebuah bangunan baru untuk sekolah ini.
Kekurangan beberapa kemudahan asas menyebabkan ibu bapa secara beransur-ansur memindahkan anak-anak mereka ke sekolah-sekolah lain yang berhampiran yang memiliki kemudahan-kemudahan asas yang lengkap.
Pada tahun 1987 pihak PIBG dan MIC ladang ini telah mendesak kerajaan untuk mendirikan bangunan baru. Dengan pengelibatan dan campur tangan yang berhormat Menteri Kerja Raya merangkap Presiden Parti MIC Kebangsaan dalam hal ini, maka peruntukan telah pun diluluskan untuk mendirikan bangunan baru sekolah ini.
  
Projek yang dicadangan untuk telah dilaksanakan pada tahun 1990 dan akhirnya, pada bulan Jun 1992 bangunan yang baru telah berjaya didirikan. Pada 1 Disember 1992 murid-murid telah mula belajar di sekolah baru ini. Perasmian bangunan baru ini dilakukan oleh yang Berhormat Menteri Kerja Raya, merangkap Presiden Parti MIC Kebangsaan Dato’ Seri S.Samyvellu SPMP, SPMJ, DPMS, AMN, PCN pada 13 Ogos 1993.

No comments:

Post a Comment